Wednesday, 1 February 2017

Misteri Nenek Kereta Merah

Assalamualaikum semua...Hari ni nak cerita pasal kejadian misteri di sekolah Fiqah...
Maka..alkisahnya..


Warga aspuri digegarkan dengan berita seorang nenek tua yang suka duduk di dalam kereta merah pak guard kat tepi DM setiap malam.Yang menyeramkan,kereta itu tidak dibuka enjinnya dan juga tingkapnya.

Kisah 1

Senior f4 tengah dalam perjalanan ke DM...Ketika itu dia sedang memegang kereta tersebut.Ketika dia menoleh ke arah kereta itu,tersebutnenek tersebut sedang tersenyum kearahnya dengan pandangan yang menakutkan.

Kisah 2

Senior f5 baru balik dari prep malam...Ketika dalam perjalanan ke DM, mereka sedang berlari-larian.Tiba-tiba,nenek itu menegur mereka "Tengah buat apa tu?"Maka mereka pun terus masuk ke dalam DM



Kisah 3

Time tu Fiqah baru balik dari DM...Tiba-tiba kawan Fiqah yang sorang tu ajak Fiqah ikut pintu depan.Nak ambik beg.Tadi Fiqah pi DM ikut pintu belakang.Tiba-tiba kawan Fiqah kata macam ni.."Wei,ada makcik tua dalam kereta tu?"

Aduya...Fiqah pun memeranglah bulu roma....So,kami pun tunggu kawan-kawan yang lain keluar DM.So bila dah ramai,(siap ada senior duhh)kami pun pergi.Kawan Fiqah yang sorang tu kata "Jangan tengok,jangan tengok!" Yang sorang lagi "Wei,nak tengok makcik tu.."

So kami pun sampailah ke depan aspuri..Then kak senior tu kata "Korang jangan duk hebohkan.Kang tu nenek betul cam na?Kesian dia.."

###

Tapi seperti yang dikatakan.nenek tu duk dalam kereta yang tak pasang enjin dan tingkap tertutup.Camna dia boleh bernafas????????

Tapi,akhirnya misteri itu terjawab.Rupanya tu memang nenek betul..Kenapa enjin dan tingkap tutup tu masih misteri.Tapi tulah, dia bukan makhluk halus yang disangkakan.

So pengajarannya...jangan buat tuduhan melulu seperti kami ni..Kesian nenek tu,kena cop hantulah,nenek kebayanlah rupa-rupanya,mak pakcik guard..waduh waduh.Tapi semenjak tu,nenek tu dah tak datang lagi...............

Haha itu saja dari Fiqah.Hope you enjoy dan jangan lupa buat homework.



No comments: