Sunday, 28 December 2014

Pray For...

Pesawat AirAsia QZ8501 dengan 155 penumpang dan 7 anak kapal dalam perjalanan ke Singapura terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara selepas meninggalkan Surabaya pagi ini, menurut pihak berkuasa Indonesia. - 

Wednesday, 24 December 2014

Freebies:Header Cute(Part 2)

Hello!!!Ops,Assalamualaikum!

 Ok Fiqah hendak kongsi lagi header yang Fiqah buat

Shukran!!!!

Assalamualaikum!!

 Fiqah hendak umumkan sesuatu.Fiqah dapat SBPI Kubang Pasu.Alhamdullilah.Fiqah dapat masuk sekolah impian Fiqah.Tapi sedihlah,Fiqah tak dapat berkenalan dengan lebih rapat dengan Najla.Huhu...

 Dan akak Fiqah dapat.......7A 2B 1C.Tahniah!Sekolah dia 2 orang dapat 10A.Okeylah tu,tak da orang dapat 9 dan 8A kat sekolah tu.Kiranya akak aku antara terbaik!!

 Hari ni ayah beli buku untuk adik.Amboi,buku warna kuning pulak.Dulu coklat.Buku kafa dia pun jadi cantik.Ada corak-corak.Tak adil.Dapat kalender dan jadual jugak.

 Kawan-kawan Fiqah dapat masuk sekolah bagus punya.Jenan,SMK Agama Kedah,Maktab Mahmud dan SBPI Kubang Pasu.Tahniah!

 Sekian.

Tuesday, 16 December 2014

Kekejaman

Assalamualaikum!

 Fiqah rasa sedih sangat.Fiqah ada tulis novel,dah buat 2 bab setengah.Fiqah nak sambung,tiba-tiba dia muncul.

"You need to update a new version."

Kejamnya.Tak dapat Fiqah nak sambung tulis.Fiqah sudah update,tapi dia delete novel yang Fiqah tulis!!!!!

 Huhuhu,sedih yang teramat.Kenalah tulis balik novel tu. :'(

Monday, 15 December 2014

Saturday, 6 December 2014

Akhirnya,balik juga....

Assalamualaikum semua...

 Akhirnya Fiqah dapat juga balik kampung.Yela,duk kat rumah jer sebab kena pergi temuduga yang sikit aje...Nanti 15/12 pergi temuduga MRSM..Fuh,penat juga jadi budak tahun 6.

 Pastu Fiqah pergilah balik kampung.Fiqah rasa nenek Fiqah demam.Dia bagi duit seringgit yang lama punya dekat Fiqah!!!Oh bertuahnya.
Dan Fiqah beli buku,macam biasa.Fiqah jumpa buku Paris VS Seoul.Huh,asyik-asyik korea.....Tapi Fiqah tak beli buku tu,nipis.Sejam boleh habis buku tu.Dan Fiqah belilah buku novel karangkraf...BYe