Sunday, 28 December 2014

Pray For...

Pesawat AirAsia QZ8501 dengan 155 penumpang dan 7 anak kapal dalam perjalanan ke Singapura terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara selepas meninggalkan Surabaya pagi ini, menurut pihak berkuasa Indonesia. - 

Wednesday, 24 December 2014

Freebies:Header Cute(Part 2)

Hello!!!Ops,Assalamualaikum!

 Ok Fiqah hendak kongsi lagi header yang Fiqah buat

Shukran!!!!

Assalamualaikum!!

 Fiqah hendak umumkan sesuatu.Fiqah dapat SBPI Kubang Pasu.Alhamdullilah.Fiqah dapat masuk sekolah impian Fiqah.Tapi sedihlah,Fiqah tak dapat berkenalan dengan lebih rapat dengan Najla.Huhu...

 Dan akak Fiqah dapat.......7A 2B 1C.Tahniah!Sekolah dia 2 orang dapat 10A.Okeylah tu,tak da orang dapat 9 dan 8A kat sekolah tu.Kiranya akak aku antara terbaik!!

 Hari ni ayah beli buku untuk adik.Amboi,buku warna kuning pulak.Dulu coklat.Buku kafa dia pun jadi cantik.Ada corak-corak.Tak adil.Dapat kalender dan jadual jugak.

 Kawan-kawan Fiqah dapat masuk sekolah bagus punya.Jenan,SMK Agama Kedah,Maktab Mahmud dan SBPI Kubang Pasu.Tahniah!

 Sekian.

Tuesday, 16 December 2014

Kekejaman

Assalamualaikum!

 Fiqah rasa sedih sangat.Fiqah ada tulis novel,dah buat 2 bab setengah.Fiqah nak sambung,tiba-tiba dia muncul.

"You need to update a new version."

Kejamnya.Tak dapat Fiqah nak sambung tulis.Fiqah sudah update,tapi dia delete novel yang Fiqah tulis!!!!!

 Huhuhu,sedih yang teramat.Kenalah tulis balik novel tu. :'(

Monday, 15 December 2014

Saturday, 6 December 2014

Akhirnya,balik juga....

Assalamualaikum semua...

 Akhirnya Fiqah dapat juga balik kampung.Yela,duk kat rumah jer sebab kena pergi temuduga yang sikit aje...Nanti 15/12 pergi temuduga MRSM..Fuh,penat juga jadi budak tahun 6.

 Pastu Fiqah pergilah balik kampung.Fiqah rasa nenek Fiqah demam.Dia bagi duit seringgit yang lama punya dekat Fiqah!!!Oh bertuahnya.
Dan Fiqah beli buku,macam biasa.Fiqah jumpa buku Paris VS Seoul.Huh,asyik-asyik korea.....Tapi Fiqah tak beli buku tu,nipis.Sejam boleh habis buku tu.Dan Fiqah belilah buku novel karangkraf...BYe

Thursday, 27 November 2014

Baling Kembali 2

Assalamualaikum!Hari tu Fiqah dah throwback hari tu.Dan Fiqah hendak throwback lagi!

Wednesday, 26 November 2014

Freebies:Header Cute

Assalamualaikum!Fiqah akhirnya telah buat header sendiri!Dan Fiqah hendak bagi header yang Fiqah telah buat:

Tuesday, 25 November 2014

Ini Bukan Penghujungnya.....

Assalamualaikum.Tak sangka ini entri ke-100 Fiqah.Jadi Fiqah hendak cerita tentang....cuba teka?

Monday, 24 November 2014

Baling Kembali

Assalamualaikum.Hari ini Fiqah hendak throwback semua kenangan di SKBBS.Bermula dari hari pertama sekolah hingga hari terakhir sekolah.2009-2014.Tetapi yang Fiqah ingat jelah.Bukan semua Fiqah hendak tulis.

Friday, 21 November 2014

Thursday, 20 November 2014

Fiqah Sedih..Korang???

Assalamualaikum.Seperti yang kita maklum,hari ni hari terakhir hari persekolah...Fiqah memang tak nak kata apa,Fiqah sangat sedih...

Monday, 17 November 2014

Yeah!Cek menang!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca yang comel,cantik dan tampan sekalian.

 Pagi tadi berlangsungnya Hari Anugerah Kecemerlangan.Dan Fiqah dapat mata pelajaran terbaik Sivik..hehe..

 Punyalah panjang Guru Besar bagi ucapan.Pot pet pot pet jer kerjanya.Pastu,Penasihat Perdana Menteri pulak bagi ucapan.Lagi panjang daripada Guru Besar.Fiqah dah malas nak dengar,Fiqah baca novel My Love->Playgirl.Lawak giler cerita dia.Ada babak sedih,suspen,lawak,mengarut dan macam-macam lagi.

 SElepas majlis itu,budak laki duk main bola apa tah.Sakit gila kut,bola tu kena muka Fiqah.Yang pertama kena dahi, tak sakit sangat,yang kedua tu sakit sangat.Kena pipi.Tapi menangis bila kena dahi,yang kena pipi tu tak menangis pulak.:P

 Finally,hari Khamis ni hari terakhir sekolah.Huhuhu...sedihnya.Kena tinggalkan kawan semua.Tahun depan belum pasti sama sekolah.Waaaaa(menangis)nak jadi darjah satu balik. :'''''''''''''''''''''(

 Baiklah,ini sahaja untuk kali ini.Jumpa lagi.

Wednesday, 12 November 2014

Kita Menang!

Assalamualaikum semua!

 Siapa sangka yang kelas 6 Jati akan menang perlawanan bola jaring dan Futsal!!Oh,dasyat gila kelas Fiqah ni!

 Yang paling hebat,Fiqah jumpa pemain bola sepak Kedah!!!Sorang tu kacak gila...Waaaaaaaa....boleh jadi gila kut.Tapi,kesian pula Fadlan Hazim sebab Fiqah lupakan dia sekejap. :( :( :( :(

 Fiqah ada bukti tau....Sekejap noh....
yang baju kuning tu lah kacak!!! :3

Tuesday, 11 November 2014

Saturday, 8 November 2014

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 4).

Haaa!

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman dah masuk edisi yang keempat..Macam biasa la GA ni dibuat sempena untuk memberi penghargaan utk korang yang still datang blog Sally walaupun tuan blog dia tgh sibuk bercuti...So, siapa nak souvenirs daripada Korea..? Hehehe...Kalau nak, sila la ikuti syarat-syarat dibawah ye...

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/11/holiday-giveaway-by-sally-samsaiman.html


Tak guna punya Virus!

Assalamualaikum!Amboi,dasyatnya tajuk kali ini.Sebenarnya Fiqah rasa sedih sangat.Facebook Fiqah ada virus.

Friday, 7 November 2014

Thursday, 23 October 2014

Faiz & Fiza-Ep 6

Ep 6=Jatuh

 Kelihatan Faiz sedang mengayuh basikalnya.

Khalid:Faiz,tunggulah!
Faiz:Awak ni,cepatlah.
Khalid:Saya penatlah.Basikal saya rosak.
Faiz:Eleh,cepat naik basikal aku.Aku bawa hang jalan-jalan.
Khalid:Amboi,larat ke?Aku ni berat tau.
Faiz:Mestilah boleh.Ringan,berat semua aku bawa.
Khalid:Ye la,aku naik ni.
Faiz:Jom!Aku nak cari pasal dengan Fiza.
Khalid:Hmm,Fiza lagi.

Thursday, 9 October 2014

Feeling Nothing

Assalamualaikum semua.

 Hari ni Fiqah rasa boring.Nak pergi shopping hari ni.Tapi kena pergi malam-malam.Kakak ada tuisyen sampai petang.Yela,PT3 sudah hampir.

 Malam nanti,ayah dan adik lelaki Fiqah tengok bola dekat stadium manakala Fiqah dan yang lain pi shopping tak ingat dunia.Bukannya apa,minggu depan Fiqah tak boleh shopping.Ada lawatan.Sebab tu Fiqah nak shopping jugak hari ni.

 Oh ye,blog Fiqah dah berubah 96.9%.Kalau yang follow Fiqah jangan fikir tersilap blog.Bye.

Wednesday, 8 October 2014

UPSR Habis!!!

Assalamualaikum semua pembaca blog ini!

 Fiqah hendak ucapkan tahniah kepada Fiqah,Alya,Geng 6 jati,Tizz dan semua pelajar tahun 6.Hari ini kita telah merdeka!UPSR sudah habis.Macam tak percaya pulak.Harap-harap semua dapat 5A dalam UPSR.

 9/9 hingga 9/10 kita berjuang.Sebulan kut.Jadi memang happylah dapat merdeka dan balik awal.Tapi kelas Fiqah balik lewat sedikit.Kenapa?

 Kelas 6 Jati membuat jamuan kecil untuk seorang budak.Siapa budak tu?Dia tu lelaki,rakan sekelas Fiqah sejak darjah 1,2 kali show off dan sangat poyo.Kenapa hendak buat jamuan untuk dia?Sebab dia nak pergi ke UK.Mak dia sambung belajar.

 Jadi 1/4 budak 6 Jati makanan.Ada cupcake,cheese biscuit,kuih dan macam-macam.Tapi Fiqah makan sikit je,kenyang walaupun tak makan dekat kantin tadi.

Monday, 6 October 2014

Kepentingan akrib Blog

 Assalamualaikum semua.Hari ini fiqah hendak bagitau kepentingan akrib blog.Apa itu akrib blog?

Thursday, 2 October 2014

Koir VS Koir!

Assalamualaikum semua!

Hari ni hari yang happy untuk Fiqah.Hari ini SK Bandar Baru S..... telah mengadakan pertandingan koir.Kumpulan Fiqah nyanyi lagu Ella.

Tuesday, 30 September 2014

Wallpaper Paris(Untuk Blog)

Assalamualaikum semua.Hari ni Fiqah nak kongsi bebrapa wallpaper.Fiqah ambil dari google ye.....
 

Friday, 26 September 2014

Blog ke-2

Assalamualaikum.

 Fiqah cuma nak bagitau yang Fiqah buat blog baru.Tekan Sini.Fiqah saja buat blog tu untuk tulis karya yang Fiqah buat.Bukannya yang Fiqah copy.

 Dan korang jangan ambil cerpen yang Fiqah tulis tanpa izin.Fiqah tak suka orang macam tu.Sila minta izin dulu ya!

Saturday, 13 September 2014

T_T''

Assalamualaikum!

Hari ni takde apa-apa pun untuk diceritakan.Cuma hari ni Fiqah jadi bibik.Kemas rumah dan macam-macam.Pastu kena layan kucing yang macam bayi.Meow,meow je kerjanya.Dan last sekali,Fiqah selsema.Hachum!!!!

 Fiqah hanya terperap dalam rumah je...Entah bilalah nak pergi shopping.

Bye....

Friday, 12 September 2014

Resepi Macaron!

Assalamualaikum semua!!
Hari ni Fiqah hendak kongsi resepi macaron.Fiqah suka sangat macaron.Sampai mimpi makan macaron yang banyak.Inilah resepinya=

Thursday, 21 August 2014

MerDeka!!!?????

Assalamualaikum semua pembaca blog ini......Merdeka ni bukan merdeka 31 Ogos tu ye.....

Friday, 15 August 2014

LOL! =)

Assalamualaikum!

 Fiqah tak tau nak cerita apa hari ini.Tapi Fiqah rasa terharu sebab Alya sayang Fiqah rupa-rupanya.(Entah-entah tak sayang pun)Kenapa Fiqah cakap macam itu?Sebab Fiqah demam hari tu.SEkarang Fiqah dah sihat>.< Cuma selsema sikit.

 Hari Khamis yang lalu,ayah Fiqah pulang dari Langkawi.Beli banyak coklat.Antaranya,coklat cium(Hersyey kisses),toblerone dan coklat yang Fiqah tak pernah nampak dan dengar namanya.Tapi semua coklat sedap.I LOVE CHOCOLATE!!!!!!!dah jadi gila dah.Nanti masuk Tanjung Rambutan.

Bye!d(>.<)b

Thursday, 7 August 2014

JaMuAn RaYa 2014!!

Assalamualaikum!^_________^

Kelmarin sekolah Fiqah buat jamuan raya!Memang syok!Dapat duit raya daripada Alya,Zulfa,Ahmad dan Wafi.Pastu Zarrif belanja marry brown!Tahun ni memang gempak.Fiqah rasa sedih pula sebab tahun depan raya dengan orang lain.Oh,kena buat kerja Math.Orang lain sibuk raya,kita kena buat kerja dulu,baru raya.

 But,Fiqah enjoy!Ni Fiqah sertakan beberapa gambar untuk korang tengok!Ada 100 lebih gambar,tapi Fiqah ambil sikit je..Malas nak sava 100 lebih gambar.Kawan-kawan Fiqah sibuk selfie guna monopod.Yela,first time tengok monopod.Pakat-pakat selfie satu sekolah.Nasib baik tak selfie dalam tandas.

Well,Enjoy the pictures!^________^

Friday, 1 August 2014

Faiz & Fiza-Ep 5

Ep 5=Rumah terbuka

Sambungan daripada episode 4.

Faiz turun daripada kereta.Dia menuju ke Fiza dan Tihani.

Faiz:Meh kambing tu.
Fiza:Nah.Err makcik,pergi terus sampai nampak simpang tiga dan belok kiri.
Pn.Farhana:Baiklah,I'iz,mama pergi dulu.
Faiz:Eh,mama...

En.Faisal meninggalkan Faiz bersama-sama Fiza dan Tihani.Kelihatan adik Faiz,Fadlina melambaikan tangan.Faiz memuncungkan multnya.

Fiza:Helo......cepatlah tarik.
Faiz:Sabarlah.Kenapa kambing ni bau wangi semacam?

Raya ke-5 :-)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Benci+cinta=

Assalamualaikum korang semua.Kelmarin Fiqah tengok cerita bencinta.

Wednesday, 30 July 2014

Faiz & Fiza-Ep 4

Ep-4=Kambing Hitam


 Suasana di kampung sungguh meriah.Hari Raya disambut dengan gembira oleh semua orang.Kelihatan dua orang gadis yang sungguh comel sedang berjalan-jalan.Mereka ialah Fiza dan sepupunya,Tihani.

Tihani:Saya dah dapat RM145.Akak ada berapa?
Fiza:Duit!Tak sampai RM100 lagi.:(
Tihani:Hah?!Kesian akak....
Fiza:Hmm,kesian,kesian,kesian.
Mak cik:Tolong,kambing mak cik lari!
Tihani:Hah,jom kejar!
Fiza:Tihani,tunggu.

Fiza dan Tihani cuba mengejar kambing tersebut.Nasib baik mereka memakai kasut tumit rata.Tak adalah mereka lari terkedek-kedek macam itik.

Monday, 21 July 2014

Kawan kita masuk Majalah!

Assalamualaikum semua!Fiqah happy sangat sebab kawan kita majalah.Tak percaya?

 Dia ni budak yang paling comel dekat sekolah!(Ini fakta)Ini dalam majalah asuh bulan Ogos.Beli tau ^__^Fiqah duduk sebelah dia tau tak?Tapi tu masuk darjah 4 -_-Dia bukan sahaja comel,tapi pandai,baik dan kuit!(Bukan sama ke kuit dengan comel?)Well,Fiqah tak nak cerita panjang-panjang.BYE!

Tuesday, 15 July 2014

Faiz & Fiza-Ep 3

EP-3=BAJU RAYA

Suasana di Tesco sungguh meriah.Kelihatan sebuah keluarga sedang berjalan-jalan.

En.Fitri:Iza,cari baju raya dekat sini dulu.Abah dan ibu hendak temankan adik kamu beli mainan.
Fiza:Baik,abah.

Encik Fitri berlalu pergi.

Fiza:Hmm...baju ni cantik tapi mahal.Yang ni murah tapi jahitan tak kemas.

Fiza memanjangkan lehernya untuk mencari baju raya yang paling bagus.Tiba-tiba,Fiza ternampak baju raya yang sungguh cantik ditepi bilik persalinan baju.Fiza menuju ke arah baju itu.

Fiza:Wah,cantik gila baju ni!Harganya.....,agak berpatutanlah.
Faiz:Mama!Sesuai tak baju ni dengan I'iz?!(tiba-tiba keluar dari bilik persalinan)
Fiza:Hmph....Hihihihihehehe.Hahahahaha.
Faiz:Ish,asyik awak je muncul!Tak ada orang lain ke?(muka merah)
Fiza:Mama!Sesuai tak baju ni dengan I'iz?!Lawaklah awak ni.
Faiz:Huh,biarlah.
Fiza:Hmm,baju ni tak sesuailah.Kulit awak yang putih tu tak sesuai dengan warna hijau.
Faiz:Eleh,tunjuk pandai boleh.
Fiza:Betullah.Warna pink sesuailah dengan awak.
Faiz:Kenapa?!!
Fiza:Sebab bila awak pakai baju pink,mesti malu.Dan muka awak akan menjadi kemerahan.
Faiz:Awak ni,kuqang ajaq!
Fiza:Hang awak ni tiba-tiba cakap bahasa kedah ni pasai pa?
Faiz:Biarlah.Huh,dah lah tu.Cari mak aku lagi bagus.
Fiza:Bye.....semoga jumpa mama awak tu.....hihi.

Faiz menjegilkan matanya.Siaplah Fiza nanti....

EP-3=TAMAT


Thursday, 10 July 2014

12 hari puasa!

Assalamualaikum dan salam 1 negara.

 Hari ini Fiqah bukan hendak post tentang puasa.Tapi Fiqah hendak post tentang....??????

Kelmarin,Syifa dan Wan pinjam puncher Den.Pastu,puncher tu rosak.Wan panik gila!Dia duk cuba baiki puncher tu.Pastu,Den mai.Syifa berterus terang jer...Den pulak macam nak kisah.Pastu Den minta puncher tu.Rupa-rupanya,puncher tu kena lock.Fiqah apa lagi,gelak sekejap pastu pujuk Wan.Wan memang geram waktu tu.Buat penat je cuba baiki.Ish,kesian.

Tuesday, 8 July 2014

Fobia....

Assalamualaikum!

Faiz & Fiza-Ep-2

Ep-2=BUKU SEKOLAH


Fiza:Hai Nina!^____^
Nina:Hai!Fiza dah siapkan kerja sekolah BM?
Fiza:Sudah.Ni ada bukti dalam beg.

Fiza membuka zip begnya.Dia mencari buku BMnya.Tiba-tiba...

Fiza:Alamak!Tak bawa ke?!
Nina:Ayok,tak tayok!Habislah awak...
Faiz:Apa yang habisnya?
Fiza:Hei,tiba-tiba menyampuk!Bukannya bagi salam pun.
Faiz:Biarlah,nah!Buku BM awak.
Fiza:(terbeliak mata)Macam mana boleh ada kat awak.
Faiz:Tadi,aku lalu depan rumah awak.Mak awak tegur aku.Dia suruh saya bagi buku awak yang tertinggal.
Fiza:Hai,cuaiya!
Faiz:Tau tak pa.Cepatlah ambil buku awak!Lenguh tangan aku pegang buku kau.
Fiza:Oh,terima kasih.(Ambil buku)
Faiz:Same-same.(berlalu pergi)
NIna:So sweet!
Fiza:Awak ni kenapa?
Nina:Awak dan Faiz.Sangat sepadan.
Fiza:Hei,jaga mulut awak tu sikit.
Nina:Tak mau!Blek.

Nina segera bangun dan larikan diri sebelum Fiza memberi cubitan berbisanya.

Fiza:Nina!Datang sini cepat!

EP-2=TAMAT

Thursday, 3 July 2014

Pengenalan.


Assalamualaikum!

 Korang semua dah baca cerita Faiz & Fiza.Cerita ini mengisahkan tentang Faiz dan Fiza yang bermusuhan.Pada mulanya,Fiqah nak cerita tentang dua orang gadis comel bernama Lala dan Riri.Tapi apabila di fikirkan balik,mesti tiada keseronokan.

 Yela,diorang bersahabat,sama jantina,jadi mesti tiada pergaduhan.So boringlah cerita.lainlah kalau Faiz dan Fiza.Musuh,berlainan jantina.Mesti banyak cerita yang boleh dibuat.Fiqah saja je nak buat cerita..Yela,kalau tak mahu tulis post yang merapu-rapu boleh boleh cerita.

 Baiklah,rasanya pembaca faham agaknya apa yang Fiqah tulis.Jadi Fiqah nak pergi dulu.

P/S:Sebarang pertanyaan boleh tanya di bahagian komen.

Faiz & Fiza-Ep 1

Ep-1=Bazar Ramadhan


 Pada suatu hari di bulan Ramadhan yang mulia,kelihatan seorang gadis berjalan-jalan bersama-sama ayahnya.Tiba-tiba,dia ternampak musuhnya.

Faiz:Hei,awak buat apa kat sini?
Fiza:Nak beli makananlah.Tak kanlah saya nak beli haiwan.
Faiz:Yela,tapi awak tak boleh berada di sini!
Fiza:Kenapa pula?Bazar Ramadhan ni bukan awak punya!Tak ada nama awak pun.
Faiz:Tu,awak nampak tak papan tanda tu...

 Fiza melihat kearah yang Faiz tunjuk.Dia ternampak papan yang bertulis:

FAIZ BURGER SEDAP

Fiza:Banyaklah ko punya!Tu Faiz bin Samad,bukan Faiz bin Faisal.
Faiz:Hei,samalah tu.Janji ada nama Faiz.
Fiza:Huh,malaslah saya nak layan awak ni!Suka sangat merapu.
Faiz:Huh,ingat saya nak sangat ke layan awak yang macam 'Queen Control'.
Fiza:Dah la tu.Assalamualaikum!
Faiz:Waalaikummusalam!


Ep-1 TAMAT!^__^

Tuesday, 1 July 2014

Sunday, 29 June 2014

Vrommm...

Assalamualaikum!

 Tadi pergi ronda-ronda.Pastu,jumpa kak ton sekolah...Kena bagitau WA ni..Wuahahahahahaha..(ketawa jahat).And,Fiqah baru tersedar,waktu Thomas cup,budak laki taman Fiqah,sibuk main bola.Tapi waktu World Cup, diorang sibuk main badminton.Ish ish....pelik sungguh budak budak zaman sekarang...

 Ok,malas nak cerita panjang-panjang..Bye

Wednesday, 11 June 2014

Kenapa?

Assalamualaikum,

 Entri kali ini tentang penghinaan.Korang tahu kan ramai orang menghina Islam.Tapi Fiqah pelik,kenapa diorang hina Islam je?????!!!!!Kenapa agama lain tak hina pula?Kenapa asyik nak hina agama Islam??Islam ni teruk sangat ke? :''(

Tuesday, 10 June 2014

Hmmmmmm…. O_O


Assalamualaikum!


 Pertama sekali….Fiqah nak minta maaf sebab tak tuls entri selama ….berapa hari pun tak tahu...

Tuesday, 3 June 2014

-----------

Assalamualaikum pembaca blog yang dikasihi sekalian.

 Sebenarnya hari tak ada cerita pun. :3 Tapi Fiqah nak kongsi satu gambar

Wednesday, 28 May 2014

Nobel,eh silap!Novel

Assalamualaikum!

Apa khabar semua pembaca blog kita yang kuit,gwiyomi,cantik bak pari-pari semua.(Amboi….puji melebih-lebih nampak?!)Baiklah,tadi pergi kolam renang.Buat apa?Mestilah berenang….

Hari ni dah habiskan novel Aku Mahu Jadi Hijabistar nukilan Ain Maisarah!!!